KUCHING : - 17 Jun - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari Tun Abg Haji Openg serta isteri YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir dan mengiringi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta isteri YABhg Toh Puan Fauziah bt Mohd Sanusi menunaikan Solat Sunat Hari Raya' Aidiladha bertempat di Masjid Jamek Petra Jaya.
Setelah solat selesai , TYT Tun dan YAB Premier Sarawak dan isteri masing-masing ke Majlis Qurban Perdana Majlis Islam Sarawak bertempat di Dewan Hikmah Petra Jaya bagi acara simbolik penyembelihan, melapah dan mengagih Daging Qurban kepada para penerima dan asnaf.
Hadir sama adalah, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker Sarawak, YB Datuk Sri Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YB Datuk Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II, YB Datuk Dr Hadzlan bin Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Sekitar Sarawak, Ybhg Datu Dr Muhamad Haji Zaidel, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, YBhg Datuk Haji Misnu bin Taha, YDP Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak, Tuan Haji Mual bin Hj Suaud, Setiausaha Majlis Islam Sarawak dan dif-dif kenamaan lain.